putrahartanah

APA ITU CCRIS & KESANNYA KEPADA PERMOHONAN PINJAMAN ANDA?

APA ITU CCRIS & KESANNYA KEPADA PERMOHONAN PINJAMAN ANDA?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutang seseorang.

CCRIS diselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Rekod data yang disimpan ini adalah selama 12 bulan.

APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH KITA DAPAT DALAM CCRIS?

Rujuk gambar di bawah:

apa itu ccris

A – Outstanding Loans
Merujuk kepada rekod senarai pinjaman anda contohnya pinjaman perumahan, sewa beli kereta, PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf dan lain-lain.

B – Special Attention Account (SAA)
SAA adalah hutang-hutang yang belum dijelaskan yang di masih bawah pemerhatian pihak bank. Jika anda ada rekod di sini, maka semua pinjaman baru tidak akan diluluskan kecuali anda bayar/langsaikan pinjaman tersebut.

C – Application For Credit
Menunjukkan permohonan pinjaman yang sedang diproses & dipertimbangkan beserta jumlah pinjaman yang diminta.

D – Total Outstanding Balance
Adalah jumlah baki pinjaman anda yang terkini.

E – Limit
Merujuk kepada jumlah had pinjaman-pinjaman anda contohnya kad kredit dengan limit RM30K.

F – Installment in Arrear in last 12 months
Menunjukkan berapa banyak kali anda lambat membayar installment anda dalam 12 bulan terkini. Angka 0 (kosong) menunjukkan tiada tunggakan pembayaran. Angka ‘1’ menunjukkan 1 bulan lambat bayar/tidak bayar, ‘2’ bermakna 2 bulan lambat/tidak bayar, dan seterusnya. Saya pernah lihat kes yang berangka ’70’

KENAPA PERLU TAHU STATUS & JAGA CCRIS ANDA?
————-
Katakan anda baru selesai submit loan rumah anda, perkara pertama yang bank akan lakukan selepas anda submit loan application anda pada mereka adalah, mereka lihat CCRIS anda. CCRIS anda menunjukkan kedisiplinan anda membayar hutang. Jika CCRIS anda cantik & elok, maka mudahlah loan diluluskan. Jika ada tunggakan 1 dan ke atas, maka peluang anda untuk dapat loan tersebut agak rendah atau tiada langusng.

TIPS LULUS LOAN
——–
Jaga kecantikan CCRIS anda dengan membayar pinjaman anda sebelum due date yang ditetapkan. Cara saya, saya akan bayar sebulan advance untuk pinjaman rumah, kereta & sebagainya bagi mengelakkan saya terlewat bayar yang menyebabkan CCRIS akan ada bertanda ‘1’.

MITOS CCRIS
———-
“Nama aku ada dalam CCRIS la, macam mana ni”. CCRIS tidak semestinya menunjukkan anda telah diblacklist. Jadi jangan panik kerana sesiapa sahaja, hatta yang hanya membuat 1 loan sahaja pun namanya ada dalam CCRIS. Seelok-eloknya, tukar habit anda untuk bayar installment sebelum due date.

CARA NAK DAPATKAN CCRIS
———-
Pergi ke kiosk CCRIS ground floor Bank Negara. Masukkan IC ke dalam kiosk CCRIS, thumb print ibu jari anda. Tunggu seminit & CCRIS anda akan dicetak. Ianya PERCUMA!

Kongsi Kepada Rakan Anda:

2 Responses to “APA ITU CCRIS & KESANNYA KEPADA PERMOHONAN PINJAMAN ANDA?”

Leave A Comment

Your email address will not be published.