putrahartanah

Cara Memulakan Kerjaya Ejen Hartanah

 

Bagaimana memulakan kerjaya sebagai Ejen Hartanah??

Ramai yang masih tidak tahu bagaimana hendak menjadi seorang ejen hartanah dan ramai juga tidak tahu tentang bidang kerjaya ejen hartanah ini.

Ejen hartanah juga di panggil dengan panggilan Perunding Hartanah.

Sebenarnya bagi memulakan kerjaya sebagai seorang Ejen Hartanah di Malaysia ini adalah amat mudah. Berbekalkan kelayakan SPM pun sudah mencukupi. Tetapi untuk berjaya di dalam bidang Ejen Hartanah ini adalah tidaklah semudah yang disangka.

Memang telah terbukti, dengan menjadikan kejaya sebagai Ejen Hartanah ini, anda boleh mendapat pendapatan yang cukup lumayan. Ini adalah perkara biasa dalam bidang jualan atau ‘sales’. Mana-mana bidang jualan pun sama, asalkan anda berusaha gigih dan sentiasa fokus, anda pasti peroleh pendapatan yang lumayan.

Encik Zaki, Kajang – Dulu saya bekerja sebagai seorang juruteknik di salah sebuah kilang di Selangor. Gaji bulanan dalam RM3k lebih, kiranya cukup-cukup makan je. Selepas itu, saya tekad untuk berhenti kerja dan menceburi bidang Ejen Hartanah ini! Tekad untuk ubah nasib! Alhamdulillah, rezeki semakin bertambah-tambah dan pendapatan bulanan konsisten 5 angka.

Ya, kisah benar salah seseorang ejen hartanah yang telah berjaya mengubah nasib hidupnya sendiri. Ada ramai lagi ejen hartanah lain yang lebih berjaya seperti beliau. Pokok pangkalnya berusaha dengan gigih, insyallah akan ada hasilnya..


Kepada sesiapa yang sedang pertimbangkan untuk ceburi Kerjaya Ejen Hartanah ini, jom baca sedikit panduan cara menjadi ejen hartanah di bawah ini:

#1) Membuat Persedian Awal.

Persediaan Diri Sendiri – Ambil tahu serba sedikit mengenai bidang hartanah dengan membaca buku-buku hartanah, blog hartanah dan info hartanah di media sosial (facebook). Salah satu cara yang terbaik adalah dengan bergaul dengan meraka yang aktif dalam bidang hartanah samada ejen hartanah, pelabur hartanah atau pemaju hartanah. Secara tidak langsung, ini akan memberi pemahaman seterusnga dapat memupuk minat anda dalam bidang yang bakal anda ceburi ini. Ingat! Pupuk minat anda terlebih dahulu. Kerja yang dilakukan dengan adanya minat akan lebih mudah berjaya!

Persediaan Persekitaran – Beritahu orang terdekat tentang hasrat anda untuk menjadi seorang ejen hartanah. Orang terdekat ini seperti isteri, ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan. Kenapa pula? Kerana merekalah yang akan memberi sokongan moral kepada anda nanti, percayalah. Nyatakan hasrat anda secara baik dan beritahu impian anda untuk menjadi seorang ejen hartanah yang berjaya!

Persedian Kewangan – Ini adalah perkara yang perlu dititik beratkan. Tanpa kewangan yang mencukupi, sedikit sebanyak boleh mengganggu momentum anda. Dengan kewangan yang mencukupi, maka anda akan mempunyai lebih tempoh bertenang bagi melakukan aktiviti ejen hartanah secara optimum. Sebaik-baiknya anda perlulah mempunyai simpanan wang yang cukup untuk tampung hidup dalam tempoh 3 ke 6 bulan.

P/s: Sebaik-baiknya anda perlu ada sedikit persedian dari segi mental dan kewangan sebelum terus terjun ke dalam bidang ini. Bagi mereka yang nak cuba secara part time dulu, mungkin boleh berbincang dengan pihak agensi. Ada sesetengah agensi hartanah yang ambil ejen hartanah part time dengan syarat-syarat tertentu.

 

#2) Memilih Agensi Hartanah Yang Terbaik

Agensi merupakan syarikat ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) bagi menjalankan sebarang aktiviti jual beli hartanah / rumah.

Bagaimana nak pilih agensi terbaik?

Setiap agensi hartanah mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dari segi sistem latihan, sokongan, cara kerja, kekuatan ejen-ejen dan juga network di dalam bidang hartanah. Sebaiknya pilihlah agensi yang mempunyai sistem latihan yang bagus berserta dengan sokongan yang berterusan. Agensi yang terbaik biasanya mempunyai ramai ejen yang telah berjaya. Ini akan mempercepatkan proses matang anda dan memberikan lebih banyak pendedahan dalam industri ejen hartanah. Anda juga boleh mempertimbangkan agensi hartanah yang dekat dengan tempat tinggal anda supaya mudah untuk berulang-alik.

 

#3- Menghadiri Kursus Perunding Hartanah

Negotiator Certification Course ( NCC ) adalah seminar dua hari yang dianjurkan oleh Malaysia Institute of Estate Agents (MIEA) dan beberapa pihak lain yang berkelayakan. Ianya adalah wajib hadir bagi Perunding Hartanah (Ejen Hartanah) baru. Bayaran bagi seminar dua hari ini adalah sekitar RM600++.

Selepas selesai seminar ini, anda akan menerima sijil kehadiran dan selepas itu barulah anda layak untuk mendaftar sebagai Perunding Hartanah Berdaftar atau dikenali dengan Real Estate Negotiator (REN).

Adakah anda perlu menyertai agensi hartanah terlebih dahulu ataupun pergi ke NCC dahulu?

Jawapan saya, dua-dua boleh. Anda boleh pilih samada hendak ke NCC dahulu ataupun terus menyertai agensi dahulu. Sekiranya menyertai agensi dahulu, pihak agensi akan menguruskan semuanya untuk anda.

Contoh REN Tag

Selepas selesai seminar 2 hari tersebut, pihak agensi hartanah akan mendaftarkan anda di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) bagi mendapatkan REN Tag.

REN Tag ini hendaklan dipakai oleh ejen hartanah semsa berurusan dengan pelanggan.

 

#5- Belajar Ilmu Hartanah

Fasa permulaan ini adalah fasa yang terpenting bagi seorang ejen hartanah yang baru melangkah ke dalam dunia hartanah secara profesional. Kebiasaannya agensi akan mengadakan kelas atau latihan bagi mencurahkan segala ilmu dalam bidang hartanah. Antara topik-topik yang bakal diajar oleh pihak agensi adalah:

– Proses Jual Beli
– Asas Perundangan Hartanah
– Urusan Pinjaman / Banking
– Teknik Pemasaran / Marketing
– Proses Rundingan / Negotiation
– Teknik Ber-Networking

Fuhh.. Banyak kan kena belajar? hehe.. Semua ilmu ni perlu dihadam dahulu bagi ejen hartanah baru sebelum melangkah ke alam realiti. Jangan risau, sebenarnya mudah je, ianya akan menjadi lebih mudah bila anda sudah praktiskannya.

 

#4) Cari Mentor Atau Ejen Hartanah Yang Bejaya

Cara yang paling senang berjaya adalah dengan meniru orang yang telah berjaya!
Ya, anda hanya perlu tiru cara kerja, penampilan, aktiviti, jadual harian dan teknik-teknik yang telah digunakan oleh ejen hartanah yang berjaya. Jadi, kenalilah siapa top ejen di agensi anda. Berkahwan dan minta nasihat daripada mereka.

Aktiviti, Aktiviti & Aktiviti

Aktiviti bermaksud tugasan sebagai seorang ejen hartanah. Tanpa aktiviti tak mungkin ada ‘result’. Tiada ‘boss’ yang akan memberikan arahan dan apa tugasan yang anda perlu lakukan setiap hari. Jadi, susun jadual kerja anda sebaik mungkin. Perbanyakan aktiviti berkenaan tugasan hartanah setiap hari.

 

Perjumpaan Yang Kerap
Lakukan perjumpaan bersama ‘Team Leader’ atau Mentor anda sekurang-kurangnya 2 minggu sekali secara formal ataupun tidak formal. Bagi ejen hartanah baru, ambil inisiatif untuk lakukan perjumpaan sekerap mungkin. Ini bertujuan untuk memantau segala aktiviti anda dari semasa ke semasa. Bersedia dengan soalan-soalan bagi menambah pemahaman daripada apa aktiviti yang telah dilakukan.

 

#6) Niat Membantu Dan Memberi Servis Tebaik

Ramai yang menceburi bidang hartanah ini kerana bermatlamatkan wang komisen yang lumayan semata-mata. Ini adalah kesilapan besar bagi kebanyakan ejen hartanah baru. Jika wang tidak dapat, maka mereka akan cepat berasa putus asa.

Perbetulkan niat daripada mengejar wang semata-mata kepada membantu orang ramai untuk memiliki rumah kediaman. Berkerja dengan niat membantu orang lain akan menyuntik semangat juang yang tinggi. Dengan niat yang betul sudah tentunya segala urusan akan merasa mudah dan ringan untuk dilakukan. Ini adalah kunci utama bagi kejayaan seseorang ejen hartanah. Anda pasti tersenyum bila melihat pelanggan anda puas!

 

Sekian.. Terima kasih..

 

KERJAYA EJEN HARTANAH

Anda berminat nak menjadi ejen hartanah ke? Jom sertai Agensi Hartanah kami

>> KLIK DISINI <<

 

Kongsi Kepada Rakan Anda:

2 Responses to “Cara Memulakan Kerjaya Ejen Hartanah”

Leave a Reply to IKMAL ARIF BIN MOHD EHWAN Cancel reply

Your email address will not be published.