putrahartanah

Skim Pembiayaan Rumah Pertamaku 100% – MBSB

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) kini menawarkan skim pembiayaan 100% + 5% iaitu menjadi 105% bagi membantu golongan belia untuk memiliki Rumah Pertama. Ini merupakan Pembiayaan Islamik berkonsepkan kontrak Bai’ Bithaman Ajil (BBA) iaitu jualan aset dengan bayaran tertangguh dan bayaran secara ansuran dalam tempoh pembiayaan yang dipersetujui.

 

Pembiayaan Rumah MBSB

 

Kelayakan Pemohonan

  • Warganegara Malaysia berumur 40 tahun ke bawah;
  • Individu atau pinjaman bersama.
  • Bagi pembeli rumah pertama sahaja;
  • Anda mesti berkerja:-
    • i. Pemohon mestilah sudah disahkan jawatan berkerja sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh mula berkerja; serta
    • ii. Lepasan Ijazah ataupun minimum 3 tahun pengalaman bagi yang Diploma dan ke bawah.
  • Rumah berharga dari RM100,000 sehingga RM500,000
  • Rumah Second-hand atau rumah dalam pembinaan yang terletak di lokasi Lembah Klang, Selangor, Penang, Melaka, Johor, Kota Kinabalu, Kuching, Ipoh, Kuantan dan Negeri Sembilan.
  • Bagi rumah dalam pembinaan, pemaju mestilah panel dengan MBSB.
  • Tujuan untuk duduk sendiri.

 

Tempoh Pembiayaan

  • Tempoh sehingga 35 tahun atau umur 75 tahun; yang mana lebih rendah.

 

Kadar Faedah (BLR)

  • Kadar serendah 4.xx% sehingga 5.xx%. (Tertakluk kpd terma & syarat)

 

Manafaat Khas

  • Tiada had maksimum pendapatan.
  • Subsidi bayaran guaman & valuation sehingga RM6,000.
  • Pengecualian yuran pemprosesan.
  • Dilindungi oleh Effective Cost of Fund-i (ECOF-i) daripada kadar naik turun atau kenaikan faedah.

 

Rizal MBSB Screen Client

 

Apa yang menarik adalah pengiraan Debt Service Ratio (DSR) yang tinggi  bagi pembiayaan / pinjaman rumah menerusi MBSB. Ini memberi peluang kepada pelanggan untuk membuat pinjman yang lebih tinggi menerusi MBSB berbanding bank-bank biasa. Ianya juga menjadi pilihan ramai pelabur hartanah kerana kelulusan pinjamannya yang lebih mudah dan cepat. Selain daripada itu, MBSB juga menawarkan khidmat pembiayaan semula ataupun refinancing loan rumah bagi mereka yang memerlukan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai pembiayaan MBSB, sila hubungi terus ke pegawai MBSB berikut:

En Rizal Razali
Property Financing Consultant (MBSB)
No HP: 012-4736840
Email: assist.rrpc@gmail.com

Kongsi Kepada Rakan Anda:

4 Responses to “Skim Pembiayaan Rumah Pertamaku 100% – MBSB”

  • Salam tuan saya ada loan dgn mbsb bank rakyat bsn saya satle loan personal dan baki dari biro tu saya nk buat pinjaman perumahan pertama ku area cyber dan port dickson blh tuan kami tentang selok belok proses kami serius

    • Salam..

      Langkah pertama, tuan perlu semak dulu kelayakan pinjaman tuan.. Biasanya boleh semak melalui ejen hartanah atau terus walk in ke bank berdekatan.. Tunjukkan slip gaji 3 bulan terkini bagi semakan kelayakan..

      Selepas dah tahu berapa kelayakan pinjaman, barulah tuan boleh mencari rumah idaman tuan…

Leave A Comment

Your email address will not be published.