putrahartanah

PANDUAN MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

PANDUAN MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

Rumah merupakan keperluan asas bagi setiap individu dewasa terutamanya bagi yang sudah berkeluarga.
Sesiapa pun pasti akan berasa gembira jika dapat memiliki sesebuah rumah idaman sendiri. Namun bagi yang kali pertama mahu membelinya, mungkin merasakan proses membeli rumah adalah sesuatu rumit dan sukar. Berikut adalah beberapa panduan membeli rumah pertama anda:

 

1) Semak Kelayakkan Pinjaman Anda

Semak kelayakkan pinjaman anda dahulu sebelum mula mencari rumah idaman. Ini merupakan proses pertama yang anda perlu lakukan bagi mereka yang mahu membeli rumah secara pinjaman. Tujuannya bagi mengetahui samada adakah anda layak membuat pinjaman dan juga berapakah nilai pinjman maksimum yang bank boleh berikan.
Individu yang mahu membeli rumah haruslah sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap. Cara yang paling mudah bagi menyemak kelayakan pinjaman anda adalah dengan pergi ke bank yang berdekatan dan berjumpa dengan pegawai bank yang menguruskan pinjamaan perumahan.
Bawa sekali slip gaji dan penyata kewangan bank anda bagi tujuan semakan.

 

2) Sediakan Wang Secukupnya

Kebiasaanya wang pendahuluan yang perlu dibayar bagi rumah second hand adalah sebanyak 10% daripada harga jualan. Contohnya jika membeli rumah yang berharga RM200,000, pembeli perlu menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10%, iaitu sebanyak RM20,000.
Manakala bagi rumah baru pula (yang dalam pembinaan), wang pendahuluanya adalah rendah bergantung kepada yang pemaju tersebut. Contohnya, pembeli boleh memiliki rumah dengan hanya membayar deposit sebanyak RM5,000 sahaja!
Namun, harga bagi rumah baru adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan rumah second hand. Maka, tidak hairanlah rumah second hand masih mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia.
Antara kos-kos lain yang perlu ditanggung oleh pembeli untuk membeli rumah adalah kos guaman, jos insurans dan lain-lain kos yang terlibat. Anggaran kesemua kos-kos tersebut adalah di antara 3%-5% daripada harga rumah.

 

3) Pemilihan Hartanah

Ini merupakan faktor penting yang perlu dititik beratkan kerana kebiasaanya kita akan tinggal dalam satu tempoh yang lama di rumah tersebut. Setiap rumah memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Jadi, pemilihan hartanah boleh dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya dengan mengikut kemampuan kewangan, jenis rumah, lokasi yang dekat dengan tempat kerja, kejiranan yang bagus, kemudahan disekitarnya dan lain-lain lagi.

 

4) Pemilihan Pinjaman

Pemilihan bank juga adalah amat penting kerana terdapat pelbagai bank yang menawarkan pekej pinjaman yang berbeza-beza. Terdapat 2 faktor yang mempengaruhi pemilihan pinjaman iaitu:

  1. Pakej Pinjaman Bank
    – Jenis Pinjaman (Flexi, Semi flexi dan Islamic).
    – Kadar Interest.
    – Lock In Period
    – Margin Pinjaman
    – Yuran & Cas
    – Tempoh Pinjaman
  2. Kesesuaian Pelanggan
    – Mempunyai akaun simpanan / semasa dengan bank tersebut.
    – Kesenangan membuat pembayaran melalui penolakkan dari akaun sendiri.
    – Layanan mesra dan perkhidmatan yang baik daripada pihak bank tersebut.
    – Cawangan terdekat dengan rumah atau pejabat anda bagi memudahkan sebarang urusan.
    – Mempunyai sistem pembayaran melalui perbankan online.
    – Pegawai pinjaman (mortgage banker) tersebut mudah untuk dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan.

Jadi, anda sebagai pelanggan berhak untuk memilih bank mana yang memberikan pakej pinjaman yang mengikut citarasa anda dan bersesuaian dengan keperluan anda.

 

5) Pemilihan Peguam

Pemilihan peguam dalam urusan hartanah adalah sangat penting bagi kelancaran proses jual beli rumah anda. Kerana setiap hartanah mempunyai kreteria tersendiri bagi cara pengurusan dan juga tempoh masa yang berbeza. Sebagai pembeli, anda harus mengambil tahu serba sedikit asas mengenai urusan ini dan ada berhak meminta peguam menyegerakan proses tersebut.
Kelewatan bagi penyelesaian proses jual beli ini mungkin boleh menyebabkan anda dikenakan cas ataupun penalti.
Jadi, pilihlah peguam yang berpengalaman dan mempunyai reputasi yang baki bagi membantu dalam proses jual beli rumah anda.

Kongsi Kepada Rakan Anda:

Leave A Comment

Your email address will not be published.