putrahartanah

Cara Memulakan Kerjaya Ejen Hartanah

Bagaimana memulakan kerjaya sebagai Ejen Hartanah / Perunding Hartanah Berdaftar??

Ramai yang masih tidak tahu bagaimana hendak menjadi seorang Perunding Hartanah dan ramai juga tidak tahu tentang bidang kerjaya perunding hartanah ini.

Perunding Hartanah juga di panggil dengan panggilan Ejen Hartanah.

Sebenarnya bagi memulakan kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah Berdaftar di Malaysia ini adalah amat mudah. Berbekalkan kelayakan SPM pun sudah mencukupi. Tetapi untuk berjaya di dalam bidang Perunding Hartanah ini adalah tidaklah semudah yang disangka.

Memang telah terbukti, dengan menjadikan kejaya sebagai Perunding Hartanah ini, anda boleh mendapat pendapatan yang cukup lumayan. Ini adalah perkara biasa dalam bidang jualan atau ‘sales’. Mana-mana bidang jualan pun sama, asalkan anda berusaha gigih dan sentiasa fokus, anda pasti peroleh pendapatan yang lumayan.

Encik Zaki, Kajang – Dulu saya bekerja sebagai seorang juruteknik di salah sebuah kilang di Selangor. Gaji bulanan dalam RM3k lebih, kiranya cukup-cukup makan je. Selepas itu, saya tekad untuk berhenti kerja dan menceburi bidang Ejen Hartanah ini! Tekad untuk ubah nasib! Alhamdulillah, rezeki semakin bertambah-tambah dan pendapatan bulanan konsisten 5 angka (RM15k-RM20k sebulan). Woww..

Ya, kisah benar salah seseorang Perunding Hartanah Berdaftar yang telah berjaya mengubah nasib hidupnya sendiri. Kini beliau mampu membeli sebuah rumah baru dan manaiki kereta mewah buatan Jerman. Ada ramai lagi perunding hartanah lain yang lebih berjaya seperti beliau. Pokok pangkalnya berusaha dengan gigih, insyallah akan ada hasilnya..


Sebenarnya kerjaya sebagai seorang Perunding Hartanah ini adalah berbeza daripada kerja biasa – ‘kerja makan gaji’. Kerjaya ini adalah bisnes. Ya, umpama anda sebenarnya menjalankan perniagaan anda sendiri. Anda dibayar berdasarkan hasil yang anda capai, bukan berdasarkan berapa jam anda bekerja! Pendapatan anda adalah berdasarkan sales, skills, ilmu dan juga usaha anda sendiri.

Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah:

  • Pontensi Pendapatan Tanpa Had
    • Tiada had pendapatan sebagai perunding hartanah. Anda yang menentukan berapa pendapatan yang perlu dijana setiap bulan.
  • Waktu Kerjaya Fleksible
    • Tidak bekerja mengikut waktu pejabat. Anda sendiri yang aturkan waktu kerja bersama klien.
  • Peluang Pelaburan Hartanah
    • Sebagai perunding hartanah, anda adalah orang pertama yang mendapat maklumat bagi setiap rumah yang bernilai tinggi untuk dijadikan pelaburan.
  • Network Yang Besar
    • Bidang hartanah terikat dengan banyak undang-undang di Malaysia. Oleh itu banyak pihak terlibat dalam setiap potensi hartanah seperti peguam, bank, pejabat tanah, valuer, ejen hartanah dan ramai lagi.

Kepada sesiapa yang sedang pertimbangkan untuk ceburi Kerjaya Perunding Hartanah Berdaftar ini, jom baca sedikit panduan cara menjadi perunding hartanah di bawah ini:

#1) Membuat Persediaan Awal.

Persediaan Diri Sendiri – Ambil tahu serba sedikit mengenai bidang hartanah dengan membaca buku-buku hartanah, blog hartanah dan info hartanah di media sosial (facebook). Salah satu cara yang terbaik adalah dengan bergaul dengan meraka yang aktif dalam bidang hartanah samada ejen hartanah, pelabur hartanah atau pemaju hartanah. Secara tidak langsung, ini akan memberi pemahaman seterusnga dapat memupuk minat anda dalam bidang yang bakal anda ceburi ini. Ingat! Pupuk minat anda terlebih dahulu. Kerja yang dilakukan dengan adanya minat akan lebih mudah berjaya!

Persediaan Persekitaran – Beritahu orang terdekat tentang hasrat anda untuk menjadi seorang perunding hartanah. Orang terdekat ini seperti isteri, ibu bapa, adik beradik dan rakan-rakan. Kenapa pula? Kerana merekalah yang akan memberi sokongan moral kepada anda nanti, percayalah. Nyatakan hasrat anda secara baik dan beritahu impian anda untuk menjadi seorang perunding hartanah yang berjaya!

Persedian Kewangan – Ini adalah perkara yang perlu dititik beratkan. Tanpa kewangan yang mencukupi, sedikit sebanyak boleh mengganggu momentum anda. Dengan kewangan yang mencukupi, maka anda akan mempunyai lebih tempoh bertenang bagi melakukan aktiviti ejen hartanah secara optimum. Sebaik-baiknya anda perlulah mempunyai simpanan wang yang cukup untuk tampung hidup dalam tempoh 3 ke 6 bulan.

P/s: Sebaik-baiknya anda perlu ada sedikit persedian dari segi mental dan kewangan sebelum terus terjun ke dalam bidang ini. Bagi mereka yang nak cuba secara part time dulu, mungkin boleh berbincang dengan pihak agensi. Ada sesetengah agensi hartanah yang ambil perunding hartanah part time dengan syarat-syarat tertentu.

#2) Memilih Agensi Hartanah Yang Terbaik

Agensi merupakan syarikat agensi hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) bagi menjalankan sebarang aktiviti jual, beli, sewaan dan pajakan sesebuah hartanah / rumah.

Bagaimana nak pilih agensi terbaik?

Setiap agensi hartanah mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dari segi sistem, latihan, sokongan, cara kerja, kekuatan ejen-ejen dan juga network di dalam bidang hartanah. Sebaiknya pilihlah agensi yang mempunyai sistem latihan yang bagus berserta dengan sokongan yang berterusan. Agensi yang terbaik biasanya mempunyai ramai ejen yang telah berjaya. Ini akan mempercepatkan proses matang anda dan memberikan lebih banyak pendedahan dalam industri ejen hartanah. Anda juga boleh mempertimbangkan agensi hartanah yang dekat dengan tempat tinggal anda supaya mudah untuk berulang-alik.

Adakah apa-apa bayaran bagi menyertai sesebuah agensi hartanah?

Ya, ada. Kebiasaanya sesebuah agensi akan mengenakan sedikit fee bagi individu yang baru hendak menyertai agensi tersebut. Fee tersebut adalah berbeza di antara setiap agensi. Biasanya sekitar RM100 ke Rm300 sahaja. Fee ini adalah kos bagi pihak agensi untuk menyediakan latihan, sistem, bisnes kad, landyard, baju dan lain-lain kepada ejen baru.

#3- Menghadiri Kursus Perunding Hartanah

Negotiator Certification Course ( NCC ) adalah seminar dua hari yang dianjurkan oleh Malaysia Institute of Estate Agents (MIEA) dan beberapa pihak lain yang berkelayakan. Ianya adalah wajib hadir bagi Perunding Hartanah (Ejen Hartanah) baru. Bayaran bagi seminar dua hari ini adalah sekitar RM600.

Selepas selesai seminar ini, anda akan menerima sijil kehadiran dan selepas itu barulah anda layak untuk mendaftar sebagai Perunding Hartanah Berdaftar atau dikenali dengan Real Estate Negotiator (REN).

Adakah anda perlu menyertai agensi hartanah terlebih dahulu ataupun pergi ke NCC dahulu?

Jawapan saya, dua-dua boleh. Anda boleh pilih samada hendak ke NCC dahulu ataupun terus menyertai agensi dahulu. Sekiranya menyertai agensi dahulu, pihak agensi akan menguruskan semuanya untuk anda.

Contoh REN Tag

Selepas selesai seminar 2 hari tersebut, pihak agensi hartanah akan mendaftarkan anda di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) bagi mendapatkan REN Tag.

REN Tag ini hendaklan dipakai oleh perunding hartanah semsa berurusan dengan pelanggan.

#5- Belajar Ilmu Hartanah

Fasa permulaan ini adalah fasa yang terpenting bagi seorang perunding hartanah yang baru melangkah ke dalam dunia hartanah secara profesional. Kebiasaannya agensi akan mengadakan kelas atau latihan bagi mencurahkan segala ilmu dalam bidang hartanah. Antara topik-topik yang bakal diajar oleh pihak agensi adalah:

– Proses Jual Beli
– Asas Perundangan Hartanah
– Urusan Pinjaman / Banking
– Teknik Pemasaran / Marketing
– Proses Rundingan / Negotiation
– Teknik Ber-Networking

Fuhh.. Banyak kan kena belajar? hehe.. Semua ilmu ni perlu dihadam dahulu bagi perunding hartanah baru sebelum melangkah ke alam realiti. Jangan risau, sebenarnya mudah je, ianya akan menjadi lebih mudah bila anda sudah praktiskannya.

#4) Cari Mentor Atau Ejen Hartanah Yang Bejaya

Cara yang paling senang berjaya adalah dengan meniru orang yang telah berjaya!
Ya, anda hanya perlu tiru cara kerja, penampilan, aktiviti, jadual harian dan teknik-teknik yang telah digunakan oleh perunding hartanah yang berjaya. Jadi, kenalilah siapa top ejen di agensi anda. Berkahwan dan minta nasihat daripada mereka.

Aktiviti, Aktiviti & Aktiviti

Aktiviti bermaksud tugasan sebagai seorang perunding hartanah. Tanpa aktiviti tak mungkin ada ‘result’. Tiada ‘boss’ yang akan memberikan arahan dan apa tugasan yang anda perlu lakukan setiap hari. Jadi, susun jadual kerja anda sebaik mungkin. Perbanyakan aktiviti berkenaan tugasan hartanah setiap hari.

Perjumpaan Yang Kerap
Lakukan perjumpaan bersama ‘Team Leader’ atau Mentor anda sekurang-kurangnya 2 minggu sekali secara formal ataupun tidak formal. Bagi perunding hartanah baru, ambil inisiatif untuk lakukan perjumpaan sekerap mungkin. Ini bertujuan untuk memantau segala aktiviti anda dari semasa ke semasa. Bersedia dengan soalan-soalan bagi menambah pemahaman daripada apa aktiviti yang telah dilakukan.

#6) Niat Membantu Dan Memberi Servis Tebaik

Ramai yang menceburi bidang hartanah ini kerana bermatlamatkan wang komisen yang lumayan semata-mata. Ini adalah kesilapan besar bagi kebanyakan perunding hartanah baru. Jika wang tidak dapat, maka mereka akan cepat berasa putus asa.

Perbetulkan niat daripada mengejar wang semata-mata kepada membantu orang ramai untuk memiliki rumah kediaman. Berkerja dengan niat membantu orang lain akan menyuntik semangat juang yang tinggi. Dengan niat yang betul sudah tentunya segala urusan akan merasa mudah dan ringan untuk dilakukan. Ini adalah kunci utama bagi kejayaan seseorang perunding hartanah. Anda pasti tersenyum bila melihat pelanggan anda puas!

Sekian.. Terima kasih..

KERJAYA PERUNDING HARTANAH

Anda berminat nak menjadi Perunding Hartanah Berdaftar? Jom sertai Agensi Hartanah kami

>> MOHON KERJAYA <<

Kongsi Kepada Rakan Anda:

21 Responses to “Cara Memulakan Kerjaya Ejen Hartanah”

Leave A Comment

Your email address will not be published.