putrahartanah

Kondominium Vista Hijauan Bangi – Mampu Dimiliki & Kemudahan Serba Lengkap

Kondominium Vista Hijauan merupakan kediaman dengan pelbagai kemudahan yang serba lengkap serta menawarkan keselesaan gaya hidup moden. Ianya berkepadatan rendah dan boleh dimiliki dengan harga yang berpatutan. Kondominium ini berstatus FREEHOLD dan komuniti berpagar (gated guarded).

  • Projek: Kondominium Vista Hijauan, Bangi
  • Jenis Pemilikan: Pegangan Kekal (Freehold)
  • Keluasan Tanah: 5 Ekar
  • Dijangka siap: Hujung tahun 2021

Lokasi yang menarik dan strategik di Bangi

Lokasinya terletak berdekatan stesen Komuter UKM Bangi. Lokasi ini menjadi pilihan yang ideal bagi golongan ilmuan professional dan keluarga yang mahukan suasana kurang sesak serta kejiranan yang harmoni. Dikelilingi oleh kemudahan tempat belajar seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), German Malaysia Institute (GMI) dan Sekolah Rendah / Menengah Al-Amin.

Tempat menarik berhampiran:

  • Shopping mall berdekatan seperti Bangi Sentral & Bangi Gateway.
  • Bangi Wonderland Theme Park & Resort.
  • Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  • Terdapat 2 padang golf berdekatan iaitu Bangi Golf Resort & Danau Golf Resort

Kemudahan berhampiran:

  • Stesen Komuter KTM UKM Bangi
  • Kedai Runcit, 7 Eleven, 99 Speedmart
  • Laundary 24 jam
  • Kedai mamak, klinik, balai polis dan lain-lain

Kondominium mewah pada harga mampu milik

Kondominium ini terdiri daripada 2 blok unit kediaman dan juga 1 blok podium parking kereta / kemudahan. Kesemuanya mengandungi 300 unit sahaja. Bagi blok A adalah 10 tingkat dan mempunyai 140 unit kediaman manakala bagi blok B adalah 11 tingkat dan mempunyai 160 unit kediaman. Blok C adalah 7 tingkat iaitu podium parking kereta dan tingkat yang teratas adalah kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, surau, tempat BBQ dan dewan serbaguna.

Blok A (10 tingkat) – 140 unit kediaman
Blok B (11 tingkat) – 160 unit kediaman
Blok C (7 tingkat) – Parking Kereta (tingkat 1 – 6), Kemudahan (tingkat 7)

Unit kondominium ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Type A, Type B dan Type C. Unit yang terkecil iaitu Type A, bersaiz 1,007 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Manakala Type B bersaiz 1,116 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Bagi Type C pula merupakan unit yang terbesar dangan saiz 1,227 kaki persegi menawarkan 4+1 bilik tidur dan 2 bilik air. Kesemuanya Type A, Type B & Type C ini memiliki balkoni dan juga 2 parking berbumbung.

  • Type A (1,007 sf) – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air
  • Type B (1,116 sf) – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air
  • Type C (1,227 sf) – 4+1 Bilik Tidur, 2 Bilik Air

Kemudahan yang disediakan di Kondominium Vista Hijauan

  • Kolam Renang / Swimming Pool
  • Wading Pool
  • Gymnasium
  • Dewan Serbaguna
  • Tadika
  • Komuniti Berpagar Dan Mempunyai Kawalan Keselamatan
  • Tempat Letak Kereta Berbumbung
  • Surau
  • Taman ‘Berkonsep Resort’
  • Tempat Permainan Kanak-Kanak

Apa Kelebihan Kondo Ini? Jom kita lihat apa yang menarik sangat tu…

1. Harga yang ditawarkan berpatutan.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan jika nak dibandingkan dengan kondominium di sekitarnya. Bagi kondominium lama yang berdekatan terjual pada harga yang lebih kurang sama dengan harga projek kondo baru ini. Jika kondo yang baru dan lama dijual pada harga yang sama, kenapa anda perlu pilih yang lama? Lebih baik beli yang baru kan! Lagi berbaloi..

Vista Hijauan menawarkan harga permulaan dari RM318k bagi kondo yang bersaiz besar ini. Amat berbaloi! Antara yang termurah bagi kawasan Bangi ini..

2. Ruang yang luas & bersaiz besar.

Kebanyakan projek perumahan kondominium baru bermula dengan saiz 850 kaki persegi.

Vista Hijauan pula menawarkan saiz bermula dari 1,007 kaki persegi. Saiz yang luas memberikan keselesaan kepada keluarga anda untuk mendiami rumah ini. Anda boleh tinggal dalam tempoh yang lama tanpa perlu fikir untuk upgrade ke saiz rumah yang lebih besar.

3. Semua unit ada balkoni

Kondominium yang mempunyai balkoni biasanya jarang ditawarkan. Dan jika ya, harganya akan melonjak naik berbanding dengan yang tiada balkoni.

Kemudahan balkoni ini memberi lebih keselesaan kepada penghuni. Ini kerana ianya memberikan ruang pengudaraan dan pencahayaan yang bagus.

4. Kemudahan 2 Lot Tempat Letak Kereta Berbumbung

Lot tempat letak kereta amat penting. Kebanyakan daripada kita terutama keluarga muda yang mempunyai anak kecil kebiasaannya mempunyai 2 buah kereta.

Oleh itu, bila ditawarkan 2 lot tempat letak kereta, ia pasti memudahkan anda.

5. Lokasi yang bagus dan berkembang pesat.

Bangi adalah tempat yang sedang berkembang pesat kerana lokasinya yang strategik serta mempunyai akses mudah untuk ke mana-mana sahaja.

Lokasi ini menjadi pilihan bagi golongan elit dan professional kerana kemudahan yang lengkap di sekitarnya. Amat bagus untuk pelaburan masa hadapan bagi yang nak beli untuk pelaburan dalam hartanah.


Harga Dan Pakej Di Tawarkan.

Ini yang paling menarik! Anda boleh miliki kondominium ini dengan hanya bayaran booking RM500 sahaja. Boleh dapat pinjaman penuh bagi kakitangan swasta dan juga kerajaan. Tambahan ada rebet tunai bagi tempoh terhad.

Jika anda nak tahu lebih lanjut, boleh set temujanji ke pusat pameran jualan dan melihat sendiri rumah contoh yang disediakan.

Adakah anda berminat?

Jom singgah ke Galeri Jualan dan Rumah Contoh kami di Bangi. Hubungi atau Whatsapp wakil jualan di :

019-6656012 (Ilyas)

017-3112514 (Hidayah)

Atau anda boleh isi borang di bawah. Nanti wakil jualan kami dari Vista Hijauan akan hubungi anda. Jangan lambat atau tunggu, nanti melepas! 😉

Borang Pra-Pendaftaran

 

Verification

Kongsi Kepada Rakan Anda:

2 Responses to “Kondominium Vista Hijauan Bangi – Mampu Dimiliki & Kemudahan Serba Lengkap”

Leave A Comment

Your email address will not be published.